Hujan..

Akhirnya, air mata aku gugur lagi untuk insan bernama S****i..ketika aku menghitung waktu untuk mengucapkan ulang tahun kelahirannya yang ke 31..
Cinta aku untuk dia..xpernah padam..Cuma sekali pernah padam ketika kehadiran f**y dalam hidup aku..dia Berjaya buat aku lupa pada si S..
Entah kenapa..hujan yang menitis ke bumi..seakan mengerti apa yang aku rasa..sejak dari petang tadi..sejuk je aku rasakan..dari dalam perjalanan dari Palong 14 ke Bandar Bahau....begitu juga dari Kuala Pilah ke Seremban..hujan turun xhenti2..ketika melalui Bukit Putus..sejuk..dingin yang aku rasakan..seakan mendambakan pelukan si dia.yang pernah dulu aku dapatkan..dan dari Seremban ke Kuala Lumpur..hinggalah ke saat aku menulis ni..hujan masih menjadi teman yang setia..menemani aku di luar jendela.. seakan alam mengerti kesedihan..kepiluan yang aku rasa..
Pilu kerana tidak dapat lagi merasa betapa lembutnya kasih sayang seorang ibu..sedih kerana tiada lagi belaian seorang kekasih..aku rasa aku lah orang paling miskin kat dunia..Cuma mujurlah..aku masih mendapat rasa kasih sayang seorang bapa..dan juga adik beradik yang saling memahami..
Hujan seakan sebati dengan hidup aku..hujan turun renyai2 ketika hari pengebumian ibu..seakan alam turut berduka dengan pemergian ibu..langit redup..semuanya seolah turut berkongsi kesedihan kami sekeluarga..
Hujan renyai2 menemani kepulangan aku menemui ibu buat kali terakhir..hujan..menambahkan lagi kesedihan ketika itu..ya..aku sudah tiada ibu..ibu tempat bermanja..tempat berkongsi rasa..tempat untuk berbual mesra..tiada lagi senyuman..gelak tawanya..tiada lagi suara merintih kesakitan ibu bila sakit bisa2 kakinya menjelma..tiada lagi arahan untuk aku memicitnya..apa yang ada Cuma jasad tidak bernyawa yang menyambut kepulangan aku..anaknya yang paling berdosa..
Ya..aku anak derhaka..aku selalu meninggikan suara,memberi alasan sememangnya tone suara aku tinggi,tapi hakikatnya ibu tetap terluka..kerap aku melawan kata,memberi alasan menangguhkan kerja,sampai akhirnya ibu yang menyudahkan segala kerja..aku juga anak derhaka,dihantar ke sekolah menengah agama untuk menjadi insan yang berguna,tapi apa yang selalu aku lakukan hanyalah dosa,bukannya pahala..ya,akulah satu2nya anak ibu yang confirm akan ke neraka,kerana aku pernah membuat ibu menitiskan air mata,kerana kerisauan ibu terhadap masalah generasi muda akan menimpa anaknya,tapi apa yang faktanya,anak ibu ini salah seorang dari generasi muda yang dikata,namun menafikan segalanya dengan sekerasnya,sehingga gugur air mata ibu,air mata tanda akulah paling berdosa,xkan tercium olehku haruman syurga,xkan dapat aku bersama ibu di sana..
Ibu..acik rindu ibu..
Hujan juga menjadi saksi pertemuan terakhir aku dengan si S yang paling aku sayang..setelah hampir setahun tak berjumpa..di bawah rembes gerimis kami bertemu..sepasang mata yang telah menawan hatiku dulu merenung tepat ke muka aku..kemudian bibir manisnya menguntum senyum untukku..lantas aku raih tangan dia..ku jabat dan ku kucup penuh rasa hormat dan sayang terhadap dirinya..
Hujan juga menjadi titik noktah pertemuan kami..aku tak pernah menyangka hujan yang turun di LCCT ketika itu..merupakan penghabisan aku akan jumpa dia..sampai flight dia delay..sepatutnya pukul 400,tapi flight dia Cuma berlepas pada 515..tapi aku setia menanti..kerana kasih aku pada dia..namun aku tak sangka..semua itu..hanyalah sia2..
Musim hujan Disember 2006..masih aku ingat..banjir teruk di daerah Segamat..sampai kampung aku terputus hubungan..tiada bekalan elektrik..tiada bekalan air..hujan turun saban hari..tiada penghujung titisan hujan..aku merenung luar tingkap..hanya titisan hujan yang menemani hidup kami setiap hari..ketika itu..kesunyian menerpa2..aku tertanya2..kemanakah si dia??kenapa tiada khabar berita??kenapa tak bertanya tentang keadaan aku,kekasihnya..??lantas hujan itu..membuatkan aku menitiskan air mata..hiba..kesal..semua bersarang di dada..
Hujan..kau menjadi teman setia hidupku..dengan kehendak Allah,kau bagai mengerti perasaanku..apa yang bersarang di minda dan benakku..hujan..kau juga menjadi saksi pelbagai peristiwa hidupku..sedih gembira..semuanya bersatu..
Aku duduk di tepi tingkap..merenung ke luar..hujan masih lagi menebarkan sayapnya..tah bila hentinya..aku sendiri tidak tahu..
Hujan..tetapla kau menjadi saksi..setiap perlakuan anak Adam di muka bumi ini..
Fariq
12 April 2009, 1047 malam..
Bukit Angkasa, Kuala Lumpur.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

i'm shin... i'm inesen said...

kak yass sgt 'confident' women.. ngee~

We Fly said...

shin~harussla hikz..